Thursday, May 20, 2010

ini sebuah kisah cinta...

بسم الله الرحمن الرحيم


Bermula cerita ini adalah semasa di Sek Men Keb Tararr....,Adam (bukan nama sbenar).. boleh dikatakan seorang pelajar yang digilai di sekolahnya, dengan rupa dan bakat yang dikurnikan oleh ALLAH dia boleh dikatakan sebagai top student.. maka, naik giler la pelajar2 perempuan di sekolah tersebut kepada Adam. Adam juga merupakan seorang pelajar cemerlang disekolah. tidak sesekali dia lupakan kepentingan ilmu, bakat yang ada juga turut disyukuri...Dalam ramai2 pelajar perempuan yg tengah giler2kan Adam ini.. adalah seorang gadis yang sangat menyukai adam, Hawa bukan nama sebenarnya.. namun perasaan itu tidak didedahkan oleh Hawa, kerana Hawa tahu beliau tidak layak untuk berkawan dengan Adam kerana perbezaan hidup mereka terlalu jauh. Adam belajar di kelas pertama, tapi hawa belajar di kelas ke-3 terakhir, Adam pengawas sekolah namun Hawa hanya pelajar biasa..perkara yang lebih pada Hawa ialah, Hawa ini sangat cantik dan baik orangnya.. jadi laluilah kisah hidup Adam dan Hawa ini seperti biasa.


Suatu hari..jeng..je.. jeng..., tanpa diduga, Hawa telah terlambat ke sekolah! dengan pantas dan cepatnya dia pom pergi ke sekolah, nasib baik lahHawa nie cantik, jadi x perlulah dia nak bermake up tebal2 untuk ke sekolah, rambutnya yang lurus itu guna jari pom boleh...(err.. boleh pakai make up ke p sek?)


Suasana di pagar sekolah......

Adam dan kawan pengawasnya, Aizad yang sedang bertugas masih setia menjadi penjaga pintu pagar sekolah..

"aku rasa aku ada bakat terpendam lah Adam.." Aizad tiba-tiba bersuara,

" bakat pe?" Adam dengan selambanya bertanya sambil melukis muka comel Upin dan Ipin diatas buku catatannya

"model pintu pagar..." slow je jawab aizad, tapi mampu didengari oleh Adam...

"memang pom.. sesuai sangat, ibarat pinang tak leh dibelah2 dah..."


7.35am......

Tiba-tiba, dari jauh terlihat kelibat seorang gadis berlari pecut ke arah mereka..

" maafkan saya! ini kali pertama dan terakhir saya terlambat...esok saya janji datang awal!" Hawa bersuara tanpa menoleh mukanya kearah pengawas yang bertugas..

" yeke? ok bagi nama awak.. sebab untuk senarai pelajar datang lambat belom ada lagi nih, so awak la orang pertama dan juga terakhir untuk hari ini.." adam berbicara...dan menoleh kearah Hawa..

zapppp.. pandangan mereka bertaut,Hawa seakan tidak percaya! Adam hilang kata!

"cantik ciptaanMU Tuhan.." monolong Adam pada dirinya sendiri...

" nama saya HAWA.."..


18 hari kemudian..............

Maka bermulalah episod cinta antara Adam dan hHawa..(terpaksa skipkan),

"awak boleh ke terima saya, saya x pandai macam awak.."

" boleh je..sebab awak cantik .."

" itu je kew? tapi cantik ini akan hilang suatu hari nanti..."

"awak pandai ambil hati saya.. awak buatkan saya seperti di syurga Hawa.."

Hawa tunduk malu, pertemuan mereka untuk hari itu berakhir di situ.


Hari berganti hari, seperti sedia di ketahui, setiap kali peperiksaan, keputusan Adam mesti cemerlang tapi tidak untuk Hawa...sering kali Hawa menangis meratapi nasibnya, dan Adam selalu memikirkan perbezaan keputusan peperiksaan antara mereka. Terdetik di hati Hawa untuk merubah dirinya.. Hawa memasang niat untuk berjaya dalam STPM yang bakal menjelang nanti, dan Hawa percaya cinta yang ada pada Hawa dan Adam mampu merubah segalanya.. yerr.. Hawa mampu berjaya ke menara gading bersama-sama dengan Adam.. impian untuk bersama Adam pada masa akan datang membuatkan Hawa nekad untuk mencapai kejayaan...


Pada Adam pula...dia merasakan dia tidak perlu belajar rajin-rajin kerana dia yakin Hawa tidak mampu ke menara gading, jadi dia dengan bangganya berniat " Adam ko xperlu stdy rajin2, xpayah nk msuk U.. ko temankan saja Hawa... yesss"


Bulan berganti bulan......

Hawa tidak memberi tahu kepada Adam niatnya untuk berjaya bersama2 Adam.. dan Adam pula tidak memberi tahu Hawa bahawa dia tak mahu ke U dan maHu tamankan Hawa buat selama2nya...

tiba masa STPM.... Adam, Hawa dan kawan2 mereka yang lain berjuang untuk hidup mereka masing2...

berakhir STPM.... Cinta Adam dan Hawa semakin merka mengharum seindah bunga2 di taman bunga yang mereka selalu kunjungi,


Keputusan STPM...

Ahamdulillah Hawa mendapat keputusan yang cemerlang,mengalir air mata Hawa kerana gembira, kegembiraan itu turut dikongsi bersama ibu dan ayah tersayang tetapi tidak dikongsi bersama Adam, bagi Hawa.. biarlah rahsia, ingin dia buat kejutan untuk Adam nanti. Adam yang telah berniat untuk tidak belajar bersungguh-sungguh itu mendapat keputusan tidak secemerlang Hawa.. dia juga ingin merahsiakan keputusannya itu.. biar masa yang akan menentukan..


" camne result Hawa?"

"macam biasa Adam..Hawa kan x pandai mcm Adam..." jawab Hawa sambil Adam hanya mampu tersenyum kerana dia tahu keputusan Hawa mesti teruk macam peperiksaan terdahulu...

"xpe Hawa.. selepas ini Adam akan selalu temankan Hawa.."

" terima kasih Adam..."


Keputusan kemasukan ke universiti.....

sekali lagi Hawa mendapat rezeki dariNYA.. Hawa dapat melanjutkan pengajiannya ke luar negara dalam jurusan undang-undang.. berita ini dikhabarkan kepada Adam..

betapa hancur luluhnya hati Adam apabila menerima berita dari kekasih hatinya itu.. dan hancur juga perasaan Hawa apabila buah hatinya itu tidak dapat melanjutkan pengajiannya dimana2 kerana keputusan yang Adam peroleh tidak melayakkan Adam untuk ke menara gading.... lalu menangis lah Hawa dan Adam kerana perkhabaran ini, namun.. kerana cinta mereka yang masih utuh itu.. Adam merelakan Hawa pergi untuk mengejar cita-cita.. tak sangguh dihati Hawa untuk meninggalkan Adam, namun impian ayah bonda harus jua diperjuangkan...


Beberapa tahun kemudian....

Hawa pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai hakim negara... dan Adam telah membawa diri entah kemana.. bermulalah perjuangan Hawa dalam bidang perundangan, banyak kes-kes telah berjaya Hawa selesaikan. Jauh disudut hati Hawa, dia sangat berterima kasih kepada Adam.. kerana Adam dia berjaya, cintanya pada Adam tidak pernah pudar, namun kesibukan Hawa dalam mencari ilmu memaksa Hawa untuk menjarakkan hubungannya dengan Adam...Hawa selalu berdoa agar diketemukan kembali Adam kepadanya..


Hari ini......

Hawa akan mendengar satu kes tentang pengedaran dadah dan perlu menjatuhkan hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam kes ini.Bagi hawa kes ini hanyalah kes biasa kerana Hawa telah banyak melalui kes-kes sebegini sebelum ini..


Dalam mahkamah, Hawa berjalan dengan tenang ketempat yang dikhaskan untuknya, perbicaraan akan bermula sebentar lagi, pesalah dibawa oleh pengawai pengiring...


Tiba-tiba, mata Hawa tertumpu pada susuk tubuh seorang pemuda, diperhatikan betul-betul pemuda tersebut..rambutnya, matanya, bibirnya.. semua itu membuatkan Hawa teringat akan kekasih hatinya yang lama menyepi.. ADAM.. ye..pemuda dihadapan Hawa ini ialah ADAM! ADAM kekasihnya dahulu.. ADAM yang telah menerima cinta Hawa walaupun Hawa tidak sepandai ADAM! ADAM jua yang membuat dirinya sentiasa gembira, sentiasa memuji kecantikan Hawa dan perkara yang penting..kerana ADAM lah Hawa berada disini..berusaha dan berjayanya Hawa sebagai hakim adalah kerana ADAM!


Menitis air mata Hawa bukan kerana Hawa gembira kerana dapat bertemu Adam kembali.. tetapi air mata itu mempunyai seribu rasa.. Adam akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki dadah yang banyak jumlahnya, melalui perbicaraan terdahulu, Adam memang didapati bersalah kerana memiliki dadah tersebut..... hukuman itu harus dijatuhkan kepada Adam dan Hawalah yang bertanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman tersebut kepada Adam...

"HAWA..." hanya perkataan itu mampu Adam perkatakan... dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu..

"ADAM bin Malik.. kamu didapati bersalah.. kerana memiliki dadah...hukuman yang akan dijatuhkan kepada kamu ialah gantung mandatori..." ucap Hawa dalam nada tenggelam timbul.. betapa pedihnya untuk Hawa menjatuhkan hukuman kepada kekasihnya sendiri.. tambahan hukuman mati..


Amanah yang diberikan perlu dilaksanakan, pesalah tetap pesalah...

"ADAM, maafkan Hawa sayang..."


TAMMAT..............


cerita ini diceritakan oleh cikgu saya ( tuan yusnizi ) secara lisan.. dan saya ceritakan kembali dalam bentuk tulisan...sebab itu, cerita ini tunggang langgang je bunyinya.. namun, perkara yang penting adalah menceritakan...

cerita ini juga telah ditambah watak dan namanya sesuka suki saya... maappp banyak2, saya cuma teruja dengan cerita ini... jadi saya pom post di sini sebab saya taw saya mungkin akan melupakan cerita ini suatu hari nanti...sebelum saya terlupa, baik saya ceritakan cepat2...trimasss









No comments:

Post a Comment