Sunday, July 29, 2012

Hati ber"flowering"



"Ya Allah, jika jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan, temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya. Yang bersedia menerima saya seadanya.Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga.

Moga jodoh saya nanti menyayangi emak dan abah sebagaimana saya menyayangi mereka. Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan emak dan abah sebagaimana saya ingin menjaga kebajikan mereka. Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati, malah menjalinkan ukhwah antara keluarga. Bagaikan isi dengan kuku.

Ya-Allah, yang penting, temukan jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri.Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Sama ada saya ataupun dia yang sakit atau dipanggil olehMu dahulu, kami saling setia sehingga akhirnya kami menemuiMu, di Firdaus yang satu.

Ya-Allah, Jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgaMu dan menemui jodohnya "Si Bidadari Bermata Jeli" berikan saya peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah utk saya tahu dia berada di situ."

terima kasih puan Roza.(Travelog Cinta Abadi, masa yang berlalu.......) =)

Monday, July 16, 2012

Hati kata rindu!!

hai, hellow... Ehem!!
assalam,

woohaalaaa... sem 6 dah berlalu, lama sudah.. dah nk dapat result exam dah pom. SCARY!!
semoga result sem nie tak parah sgt mcm sem lepas, walaupun tahu sem nie agak susah dari sem lepas. SCARY!!

Ramadhan makin hampir. persiapan?? entah... xsiap ape2 kot. hanya harap diri ini "bersih" dari dosa2 sebelum ramadhan menjelma. bila mak dan kakak dah start tahajjud setiap malam, terasa kerdil pula diri ini tak mampu nak bangun sama, padahal kitalah yg paling muda, Oh tuhan.. maafkan aku.

Tahajjud, dhuha, dan sunat lain2 tak pernah nak lekat, umur dah 23 tahun dah, tapi 2 lah... huhu, aku insan tiada daya...(aku memohon keampunanMu Ya-Allah)


"Allah Subhanahu Wa Taala turun ke langit dunia ketika sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru: adakah diantara hambaku yang berdoa kepadaku, supaya aku mengabulkan permintaannya? adakah diantara hambaku yang meminta ampun kepadaku, supaya aku menyampuninya, adakah diantara hambaku yang meminta kepadaku, supaya aku memenuhinya," (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).


Allah terlalu dekat dengan hambanya, lebih dekat dari urat leher kita! Allahu Akbar, Allah maha besar.

"Ya-Allah, ampunkanlah dosa-dosa ibubapaku, dosa-dosaku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan semua kaum muslimin dan muslimat, temukan kami dengan ramadhan  yang mulia  Ya-Allah, izikan ramadhan kali ini penuh makna, penuh kegembiran dan keberkatan, terbitkan lah dihati kami rasa cinta kepadaMu tanpa belah bahagi, tiada tempat lain untuk kami kembali kecuali kepadaMu, tiada tempat lain kami mengadu kecuali kepadaMu, tiada tempat lain kami memohon kecuali kepadaMu, dengarkan lah kami Ya-Allah..ampunkan dosa-dosa kami Ya-Allah"


solat adalah waktu kita berdating dengan pencipta kita, mengadu, merayu, meminta, mengadu dan terus lah merayu serta meminta dengan ikhlas, kasih sayangNya melebihi segala-galanya. InsyaAllah...