Friday, April 30, 2010

sALAm JuMAat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa...

ALHAMDULILLAH, sudah 5 ppr berjaya saya lalui dgn penuh kesabaran dan kemalasan.. tinggal ag 1 yang perlu sy smash habis2an..wahahaha.. for overall, is not bad.. but... very2 bad.. ahakss.. tunggu je la result kuar nanti camne.. harap2 xde la yg dpt C+,C,C-,D dan seterusnya.. sbb sy xnak la repeat pper hukhukhuk... satu ag masalah apabila dapat huruf2 comel n domel nie ialah akan menganggu pointer, ssh la untuk mncapai 3.5 2... alahaii.. huruf2 yg comel n domel, jgn la dtng kepada sy dan kawan2 ea.. pergi la kamu duk diam2 kat mane2 yang kamu suka janji jangan pd kami.... saya sayang kamu tapi x suke kamu..

Antara pper yang saya ambek untuk semester ini ialah:::

LKM400/2 a.k.a Bahasa Malaysia (...KILLER PPER...done!)
BOM103/4 a.k.a Cell Biochemistry (...KILLER QUESTION...done!)
PGA103/3 a.k.a Teacher,School, and Society (...KILLER TIMES...done!)
KOT121/3 a.k.a Organic Chemistry (...KILLER PPER...done!)
SHE101/2 a.k.a Ethnic Relations (... I LIKESSS...done! )
BOM104/4 a.k.a Fundamental Genetics (... STILL WAITING 4 THIS PPER...dop done!)


..............Semoga ADA kasihan daripada ALLAH untuk INSAN yang LEMAH ini...........................



Monday, April 26, 2010

DuNia Di peNghUjuNgnYA,

:::::tarikh2 penting DAN hari JUMAAT:::::
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..
22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan
dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
''Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang''-Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
''Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
''Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?''Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

''Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid''- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah...
''Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.''- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
''Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...
''Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia''- Riwayat Thabrani
~Ada sudah...
''Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.''- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ''Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang''.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...
''Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.''- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok....
''Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......
''Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...
''Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
PENGERTIAN MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
- BERAMAL DENGAN ANGGOTA
"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

#juga dapat dari seorang kawan, trima kasih kak syikin.. =)

Sunday, April 25, 2010

....Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah...

Semalam, mcm biasa bangun tido n on9 jap.. pas2 tetibak ada this msg daripda seorang kawan... emm, tertnya2 jgak perlu ke msg ini ditujukan kpd saya.. PERLU KOT!
mungkin kawan sy nie perasaan yg saya skrang bnyak men2 n berfoya2 x tentu hala..
hehehe.. kuat men upenya saya nie.. apepom.. terima kasih bnyak sebab sudi mnegur driku yg kerdil ini...(...jazakallah...)

www.iLuvislam.com
Dini_Syarif
Editor: b_b

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?
Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)
Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)
Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
www.iluvislam.com
Interactive Islamic Website by Malaysians
(...jazakallah...)

Wednesday, April 21, 2010

.........

SaLam...
....hohoho.....
hmpir bberape tahun (bertahun kew?) tnggalkan my page, alasannya.. sibuk, xde masa, xtaw nk tulis ape.
emmm..

kerana hidup ini tidaklah banyak pengalaman.. pergi kelas, balik bilik.. esok pergi kelas ag... dan begitulah setiap hari..." KOSONG ".

Tp ada juga cerita-cerita dan kenangan yang best sepanjang hidup di bumi USM ini.. tapi masih belum tiba masanya untuk diceritakan.. biarkan dulu, saya masih lagi menunggu giliran untuk ke MEDAN PEPERANGAN,...tapi seperti biasa.. berperang TANPA persediaan!

Terusik juga hati ini melihat rakan-rakan yang lain berhempas pulas
menyediakan "senjata" untuk ke " medan perang" namun saya?... masih begini.. seperti ini...
alahaiiii...
" BiaR lePaK, JaNjI resULT biar geMpaK..." (xkan gempak kalu kamu bnyaK Main...)

lastly... dun lose ur hope..