Saturday, September 7, 2013

i'm back!

MasyaAllah, saya terlupa password blogspot rupanye!. lupa yg kita ada blog, ngeh2. bila ada orang tegur lama dah tak menulis di sini baru perasan. Lama memang lama... selama saya tinggalkan dunia sebagai seorang pelajar, selama saya tinggalkan bumi Pulau Pinang. but this september, i'll back there for the our konvo monvo donvo dayyy.. hephephep horreyy! (sambil perasan lambung topi tinggi-tinggi)

byee..will back wif other story mory and feeling too.

Tuesday, April 9, 2013

loser?

rasa loser je hari nie.
bdk2 xnak blajar, kelas bising... bdk2 ada masalah peribadi sampai cikgu ada pom depa tak nampak.
bila bg dimerit, cikgu rasa senang hati,
tp rasa xpuas hati bila tak mampu nak mengajar dgn baik
bdk2 pergi dgr taklimat.. tinggal 6,7 orng je dlam kelas.
xtaw nak smbung mengajar ke tidak, last2 suh buat latihan..
smpai siap depa buat, tp masih ade masa ag.. hukhuk

rasa loser je hari nie.
sebab  tak bawak buku rph. lecture datang nasib baik tak kena observe lagi
(1 observation je lagi!).

rasa loser je hari nie,
sebab mengajar xde abm. huhu.. cikgu cemerlang pom xmacam nie.

rasa loser je hari nie...
rasa loser..loser.. i'm lost!

(inilah sajak hari ini rasa loser)

Tuesday, April 2, 2013

abnormal of me

Assalam,
masih berpratikal, masih bernyawa, ya bernyawa! walaupun terasa macam dah luruh jantung ini. dah terbang semangat ini dan sudah rebah jasad. putus asa ke bhai?? boleh cakap, ya saya sedang berputus asa.

cikgu, guru dan kerja untuk memanusiakan manusia.

Mendidik, bukan lah senang, as easy as you teach ABC. kalau tahap kesabaran yang "sedang-sedang" saja, memang boleh membunuh diri sendiri. Allah, maafkan lah diri hamba ini.

"Cikgu nie tersengih-sengih, saya tanya, nak buat apa hari ni?" pelajar A.
oh.. how to face it? cikgu garang pun kena, cikgu senyum pun kena.
kalau cikgu itu hati yang kurang sabar... " dah umur 16 tahun, tak kan tak tahu lagi antara senyum dan sengih??. saya xsenyum pun nampak macam senyum. sbb comel, bukan macam kamu, kelas hujung, kerja malas buat, muka?? xde harapan!" (nauzubillah minzalik).
but when we have to be a professional, must be actually (sangat). " ok, maaf.. hari nie.. kita akan buat.. bla bla bla.. faham kelas?"

huhuhuhu...

Bila cikgu round dalam kelas, check pelajar buat kerja (salin contoh yang cikgu bagi)

"kenapa tulis {Hh} nie? sepatutnya {HH} ". sambil tunjuk kesalahan pelajar.
"tadi cikgu tulis kat depan {Hh}!" dengan suara berlagak sambil tengok kawan sebelah yg tulis {HH}.
kalau cikgu kurang sabar, " engko xpayah nak mengajar aku! dah lah malas, masa aku ajar,ko berbual, otak letak lutut, orang lain tulis {HH}, engko sorang je jadi {Hh}. nak cakap ak salah tulis lagi???!"
tapi bila kita terpaksa sabar, " betulkan, buat macam kawan awak buat, dia salin betul..." sambil berlalu pergi.

oh..this is not easy.. not easy..
semoga mampu menghadapi nya. Allah tak akan bebankan hambaNya dengan bebanan yg xmampu dipikul kan??

lembutkan hati mereka ya-Allah, kuatkan hati ini. aminn..
untuk insan-insan di atas, terima kasih. bukan salah kamu, salah cikgu yg tak pandai mendidik.





Sunday, March 3, 2013

berlatih dan melatih

assalamualaikum...
oh, last update blog bila entah. now, today and rite now i'm teacher, walaupun bukan cikgu betul tp baru cikgu pelatih dah rasa give up dah. give up ngan LP atau lesson plan, atau pom rancangan pengajaran. huh! kekandang xde idea nak tulis apa dalam buku panjang tu.. oh, tp bila tulis dan pengajaran dapat dilaksanakan terasa awesome lah pulak! hohoho... 
just short note for myself, keep strongly, keep smiling and keep living!

roughly, i teach for two classes, only to classes. tak lah berat sangat kan? but 1 kelas tue kelas terakhir dari 7 kelas. huhuhuhu.. ommommomm. kalu 25 orang dalam kelas, 25 jenis oranglah kita kena hadapi. 25 perangai. oh saya sangat lemah untuk ini. teramat lemah. but i luv them. honestly yes luv them and sympathy to them. dalam usia 16 tahun ada yang dah keje untuk cari duit sendiri, untuk memenuhkan keperluan diri sendiri. tinggal pula kat kawasan yang taraf hidup tinggi. rata riti mak ayah keje guard , mane nak cukup kan untuk tampung hidup,  lebih2 lagi anak lebih dari sorang? ya-allah, ampunkan lah mereka. lembutkan hati mereka.

keje apa yang mereka buat?? macam-macam.. nak cite pom takot. bila mereka dah keje, dah mula pegang duit sendiri, akedemik is not important to them. belajar sekadar belajar je, niat, matlamat tak dak.. motivasi diri entah kemana. cita-cita mereka? ada yang nak jadi gangster. tak tahu lah jujur atau tidak jawapan beliau apabila saya bertanyakan soal cita-cita kepada mereka tempoh hari.

24 mei akan menjelma jua..keep strongly, keep smiling and keep living. permudahkan lah urusan ku Ya-Allah. kuatkan dan tabahkan hati ini. lembutkan hati anak-anak itu dengan kasih sayangMu.

Wednesday, December 26, 2012

nota dari rumah

Assalam... 
I'm home.. yeaahh.. orang lain study, kita goyang kaki kat umah, main hujan serta sepahkan dapur mak n kakak kita. Hari nie perang besar kat dapur bila anak bongsu mak masuk dapur goreng keropok lekor made in terengganu, kita lupa belah tengah keropok2 tersebut, jadi melambung2 lah keropok tersebut bersama minyak panas, alhamdullilah, jarak kita dgn kuali jauh, sebabnya kita ke ruang makan untuk ambil tisu.. kalu masih kat dapur.. Allahu akhbar, cedera parah juga rasanya... setengah minyak dalam kuali tue melimpah ke lantai, dua ketul keropok selamat terbang ke udara, sudip pom berjaya mendarat ke lantai dengan sendirinya. Alhamdullilah, tiada kecederaan. terima kasih Allah..

(senyum kambing bila my angah said "lambat lagi bulih nikoh nie"). hakhakhak.. masa kursus kawen hari tue xde plak ajar cara2 masak nie kan.. hehehehe..

sebut pasal kawen, maaf utk ketidakhadiran diri atas jemputan2 rakan-rakan. semoga kalian berbahagia bersama pasangan masing-masing. bersama-samalah kalian membantu antara satu sama lain utk ke syurga Allah yang indah abadi. Sekeping gambar ayu berbaju pengatin bersama rakan-rakan. Next2 sapo plop?? 


 rasa sangat seronok + terharu + sebak+ gumbira bila baca maria elena punya entry hal nikah kawen beliau. semoga berbahagia. =)
 

Thursday, November 8, 2012

utk sang suami


hanya pertolonganMu ku harapkan..
redhaMu ku harapkan..

Monday, October 15, 2012

kalu itu ujian

Assalam,
saya rasa saya tenat sekarang ni, saya sangat tenat.. nak senyum pom susah, apatah lagi ketawa berderai.
hilang semangat lah kononya...apalah bhaiyah nie, tak brutal!
dah meningkat usia, ke'brutal'an pom dah makin berkurangan. kesian kan.
maaf lah kalu saya diam berpanjangan. nikmat riang-riang gumbira Allah tarik sat, bg rasa "berat" sbb mahu dekatkan cinta saya padaNYA. yup.... i'm getting far from you myLord.
Rindu kpd bonda dan ayahanda terrrrsangat... dengar suara jep mana boleh hilang rasa rindu!!

Cari balik semangat dengan melihat alam sekeliling, Allah swt telah bekalkan rasa kasih dan sayangnya dalam penciptaan alam ini.


At the top station of Gunung Mat Chinchang. 2nd time here...Alhamdulillah. indah! indah! indah!
(terasa nak dengar laungnan azan disini, tggu je kaum2 adam kot2 ada yg mahu laungkan azan disini.... 
hanya sayup2 je dgr dlm otak sendiri.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...)


Allah cipta alam ini dengan penuh kasih sayang, penuh dengan ketelitian, sbb itulah ianya indah serta mendamaikan mata serta hati.. subhanaAllah. terima kasih Ya-Allah kerana ada peluang untuk insan yg hina ini menikmati ciptaanMu yg indah. Terima kasih Ya-Allah.


"Maka yang mana satu nikmat-nikmat Allah, yang hendak kamu dustakan?"-Ar-Rahman