Saturday, May 22, 2010

ini juga kerana cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Saya postkan entry ini bukan lah kerana saya tengah dilamun cinta atau telah jatuh cinta.... saya cuma rasa rimas dengan cinta, cinta itu milik semua dan ia adalah fitrah buat semua mahluk, namun apabila cinta itu gagal dikawal oleh akal, maka macam2 la jadinya... CINTA ITU APA????? cinta itu kuasa yang mampu mengubah debu jadi batu, batu menjadi emas, penjara menjadi syurga, sakit menjadi sihat, cinta juga mampu melunakkan besi, mencairkan kaca menjadi permata, dan cinta mampu melahirkan manusia ke atas muka bumi ini... itulah hebatnya cinta.. lahirnya pemimpin juga kerana cinta... hebat kan cinta itu?? cinta mampu membuatkan yang gila jadi waras, yang waras menjadi hilang akal....

ZZapppp... apa makna cinta itu tidak penting, kerana ramai je manusia berkapel atas dasar cinta tanpa mengkaji makna cinta itu, tok kadi pon xkan tanya perihal cintan cintun ini time akad nikah nanti..

Namun, jauh di sudut hati insan kerdil ini, saya sangat2 sedih apabila ramai remaja sekarang meletakkan rasa cinta mereka kepada boyofen dan gelifen jauh lebih tinggi dari cinta kepada sang Pencipta Cinta.... ya, cinta Ilahi yang semestinya hakiki...
saya bukan lah hendak menuduh sapa2, tapi oklah kalu bercinta tapi masih mampu mengawal hati, perasaan dan tingkah laku... atas diri individu itu sendiri... namun tepuk dada tanya iman... ADAKAH AKU DILANDASAN IMAN DAN ISLAM YANG BETUL???

Saya pom bukanlah baik sangat, pernah air mata ini jatuh jua disebabkan mencintai sang adam suatu ketika dahulu, merindui sampai rasa nak mati... betapa CINTA itu menyiksa insan kerdil ini. tapi2.. Alhamdulillah, kini insan kerdil ini memahami dan lebih mengetahui bahawasanya CINTA untuk adam itu bukanlah yang terbaik untuk insan kerdil ini.... setiap hari doa dimohon agar dipadamkan rasa itu dan gantilah rasa itu hanya kepada yang layak...cinta yang hakiki milik Pencipta Cinta, juga milik kekasihNYA.. cinta yang suci hanya untuk ibuku, juga untuk ayahku... cinta ini juga buat keluarga.. dan teman2.. cinta untuk adam yang bergelar kekasih telah padam dari hati ini.. InsyaALLAH, jodoh, rezeki dan maut telah tertulis di Luh Mahfuz disana.. hanya doa sebagai penghubungnya.... so, no kapel n single more better. kawan better also, but no need 2 24hour nk men2 msg ( kejutkan subuh, ucap selamat malam... APA NIE???, mmg niat baik, tapi MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA kawan.. maafkan saya, saya sgt tertekan bila dapat msg2 sebegini.. maafkan saya..), "berkejar2" dlm fb... jgn buat saya rasa rimass..tolong la....

"YA ALLAH, Engkau ambil la hati ku ini..aku serahkan hati ku ini padaMu, dan Engkau serahkan lah hati ini pada insan yang ku tujukan.. kerana, jikalau aku serahkan hati ku padanya.. belum tentu akan sampai, hanya padaMu aku berserah YA ALLAH"


Sekadar Renungan....
( trimas 4 kak syikin 4 this msg )

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?




Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?




Masa berlalu
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?




Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?





Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....



Renung renung kanlah !!!

..............SAYA RIMAS DENGAN CINTA!!!!!............

No comments:

Post a Comment