Wednesday, December 26, 2012

nota dari rumah

Assalam... 
I'm home.. yeaahh.. orang lain study, kita goyang kaki kat umah, main hujan serta sepahkan dapur mak n kakak kita. Hari nie perang besar kat dapur bila anak bongsu mak masuk dapur goreng keropok lekor made in terengganu, kita lupa belah tengah keropok2 tersebut, jadi melambung2 lah keropok tersebut bersama minyak panas, alhamdullilah, jarak kita dgn kuali jauh, sebabnya kita ke ruang makan untuk ambil tisu.. kalu masih kat dapur.. Allahu akhbar, cedera parah juga rasanya... setengah minyak dalam kuali tue melimpah ke lantai, dua ketul keropok selamat terbang ke udara, sudip pom berjaya mendarat ke lantai dengan sendirinya. Alhamdullilah, tiada kecederaan. terima kasih Allah..

(senyum kambing bila my angah said "lambat lagi bulih nikoh nie"). hakhakhak.. masa kursus kawen hari tue xde plak ajar cara2 masak nie kan.. hehehehe..

sebut pasal kawen, maaf utk ketidakhadiran diri atas jemputan2 rakan-rakan. semoga kalian berbahagia bersama pasangan masing-masing. bersama-samalah kalian membantu antara satu sama lain utk ke syurga Allah yang indah abadi. Sekeping gambar ayu berbaju pengatin bersama rakan-rakan. Next2 sapo plop?? 


 rasa sangat seronok + terharu + sebak+ gumbira bila baca maria elena punya entry hal nikah kawen beliau. semoga berbahagia. =)
 

Thursday, November 8, 2012

utk sang suami


hanya pertolonganMu ku harapkan..
redhaMu ku harapkan..

Monday, October 15, 2012

kalu itu ujian

Assalam,
saya rasa saya tenat sekarang ni, saya sangat tenat.. nak senyum pom susah, apatah lagi ketawa berderai.
hilang semangat lah kononya...apalah bhaiyah nie, tak brutal!
dah meningkat usia, ke'brutal'an pom dah makin berkurangan. kesian kan.
maaf lah kalu saya diam berpanjangan. nikmat riang-riang gumbira Allah tarik sat, bg rasa "berat" sbb mahu dekatkan cinta saya padaNYA. yup.... i'm getting far from you myLord.
Rindu kpd bonda dan ayahanda terrrrsangat... dengar suara jep mana boleh hilang rasa rindu!!

Cari balik semangat dengan melihat alam sekeliling, Allah swt telah bekalkan rasa kasih dan sayangnya dalam penciptaan alam ini.


At the top station of Gunung Mat Chinchang. 2nd time here...Alhamdulillah. indah! indah! indah!
(terasa nak dengar laungnan azan disini, tggu je kaum2 adam kot2 ada yg mahu laungkan azan disini.... 
hanya sayup2 je dgr dlm otak sendiri.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...)


Allah cipta alam ini dengan penuh kasih sayang, penuh dengan ketelitian, sbb itulah ianya indah serta mendamaikan mata serta hati.. subhanaAllah. terima kasih Ya-Allah kerana ada peluang untuk insan yg hina ini menikmati ciptaanMu yg indah. Terima kasih Ya-Allah.


"Maka yang mana satu nikmat-nikmat Allah, yang hendak kamu dustakan?"-Ar-Rahman

Thursday, October 4, 2012

nota untuk diri

assalam

kalu bernasib baik, masuk masjid, azan, dapatkan telekong, tunggu iman dan boleh berjemaah.
kalu lambat, telekong semua habis, duduk lah betapa kat belakang, tgk orang solat sambil tunggu turn kita. Pada ketika ini cubalah tolong tgkkn jemaah yg sdng bersolat, yg kain nya terselak hingga nampak kaki , tolong tutupkan cepat2, agar sempurna solat mereka. =)

Sunday, September 16, 2012

hidup matiku Islam.

"Innocent of muslim". satu lagi movie hasil dari kafir laknatullah. Ya-allah... memang tak snggup nak tengok, 5-4 minit sahaja memang buat hati ini hancur lebur. Terus tutup youtube! tak habis-habis lagi kaum2 kafir laknatullah ini mencari masalah dengan orang2 islam. Seronok mereka mengutuk dan menghina islam sebagai pengganas. Padahal mereka lah yang kejam. Kenapa mereka tidak buat sebegini kepada kaum yg beragama lain?? kenapa HANYA islam yang menjadi mangsa??

Dari pandangan peribadi, mereka takutkan islam sebenarnya. Mereka takut islam akan bangkit dan terus bangkit. Mereka takut anak cucu keturunan mereka nanti akan jatuh cinta dengan islam. Mereka takutkan islam kerana, Mungkin terdetik di hati mereka islam adalah agama yang benar, apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw adalah benar. Meraka takut jatuh ke tangan orang-orang islam.

Kafir laknatullah ini bangkit dengan membuatkan pelbagai propaganda/cerita/lagu dll untuk membuatkan orang-orang islam MARAH, apabila kita marah, melaungkan2 kemarahan kita seterusnya nampak lah kita sebagai seorang penganas. ya! kita "ganas" sebab mereka telah menghina agama kita, AGAMA ISLAM! tetapi dari pandangan orang-orang laknatullah ini.. kita ganas sebab kita memang ganass. Sedang kita melaung-laungkan keganasan kita itu mereka akan bersorak kegembiraan sambil bertepuk tangan kerana mereka telah berjaya membuatkan kita nampak ganas!! Allahu akbar!
Allah..Allah..Allah..Allah...

Ini hanya pandangan peribadi saya yang hina dina ini. "Ya-Allah.. selamatkan agama islam, selamatkanlah kami orang-orang islam, selamatkan lah hamba-hambaMu yang lemah lagi tidak berupaya ini yang Allah, tiada tempat yang layak untuk kami labuhkan pertolongan kami..hanya padaMu..hanya padaMu...ampunilah kami Ya-Allah, maafkan lah kami Ya-Allah"

Bangkitlah umat islam, tunjukkan kpd kafir2 laknatullah ini bahawasanya kita ada Allah! sujudlah kita beramai-ramai kapada Allah (solat berjemaah, solat hajat berjemaah, dan apa-apa shj ibadah), mohon dariNya kekuatan, kemenangan untuk agama Islam. Letakkan diri kita serendah-rendahnya kepada Allah. Akuilah kita ini lemah, kita ini jahil, kita ini bodoh dan kita tidak akan menang sekiranya ALLAH tidak menolong kita serta yakinlah bahawa Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang...

(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
Ghaafir 40:55

Yakinlah sesungguhnya janji-janji Allah adalah benar. seksaan Allah itu maha dasyat!.
subhanallah, subhanallah, subhanallah...

Alhamdullilah, hari ini saya diberikan kelapangan masa, terima kasih utk kawan ahmad sani yg kongsikan page tafsir Al-Quran online, dapatlah saya buat "homework" sedikit dikala "cuti" ini. Semoga Allah memberkati kamu kawan.

sam becile, you dont know my God. He is Allah, he is powerful  and you just get ready to go to His hell!






Thursday, September 13, 2012

milik

Assalam.. holaaa! tajuk entry macam apa tah, hehehe.. insyaAllah, ianya akan bertukar milik pada minggu depan. Semoga selamat sampai di tangan serta di hati beliau. Permudahkanlah Ya-Allah, semoga kebahagian yang hadir, hadir bersama kasih sayang Mu Ya-Allah... =)

P/S: belajar cara utk audit diri. bila kita rasa susah/ tak tenteram/ jiwa kacau/ try balik tengok apa yang telah kita buat. adakah yang kita buat tuu Allah suka atau tidak.
"Allah! ampunilah aku, maafkanlah aku, bimbing lah setiap langkahku, usah biarkan aku menguruskan langkahku sendiri, kerana diri ini hina, kerdil dan lemah serta tidak berupaya. Hanya padaMu aku bersandar, padaMu jua ku bergantung harap.Ampuni dosa-dosaku Ya-Allah. aminnn"


Saturday, September 1, 2012

jangan bersusah hati.

Assalam,
Please be grateful if you have somebody, someone, family's members, boifren, girlfren or anyone that always on ur side when u needs them, when you felt  weak or lose on ur ways. Please thanks to them because can stand with u. Thanks to them if they hear all words come out from ur mouth without cantas2 it.

sometimes i thinks i'm just alone, alone in many part of mt life. hey, but doesn't mean that they cannot care but me! they care, but in their own way, and i'm appreciate them till my last breath.  thanks everyone!

buat-buat happy,
buat-buat takde problem,
buat orng2 sekeliling kita happy,
buat ayat2 bermotivasi untuk bagi balik kawan kita gembira.
buat orang yg tengah kita sms gelak sampai taip "hahahahahahaha".

These fraud may easy to express than story mory or mengadu bagai kat orang.
Percayalah ada orang tak mampu nak mengadu, nak cerita masalah mereka. kalau susah hati duk diam, susah hati makan, susah hati lagi diam lagi, lagi, lagi dan lagi...Tengok muka dia selamba sempoi, dengar suara dia relax, sms dia gelak dpn handfon.. look good rite?? but..but..but..but...

positif atau negatif sifat begini?
depends lah pada pandangan orang. lain orang, lain tafsiran fikiran mereka.

Hanya Allah swt sahaja yg tahu apa ada dalam hati hamba-hambanya. belum sempat hambaNya mengadu Allah dah tahu, belum sempat minta Allah dah aturkan, tak silap lagi tak salah!
Terjatuh dan rebah, gagal atau berjaya, senyap atau bersuara, suka atau menangis, tidur atau berjaga, duduk atau berdiri semua Allah dah aturkan. percaya pada Allah yang satu, tiada tuhan melainkan dia.

Allah..Allah..Allah...

Monday, August 27, 2012

raya 2012.


yeahhh! Alhamdulillah utk syawal kali ini, bnyak makna dan banyak ukhuwah kembali terbina.Rakan- rakan pun ramai yg membina masjid dan ada yang mengikat "tali janji" Alhamdulillah. Semoga semuanya kekal hingga hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah. =D



sempat pergi ke majlis farhah dan hafiz. since darjah 6 kot mereka berdua nie, kuasa Allah! 
selamat pengatin baru juga utk:
 ismah dan zauj (smk kota),  
miza dan zauj (smk kota)  
anis mardiah dan zauj (kmph),
kak atikah dan zauj (senior usm)

selamat bertunang utk syikin dan bakal zaujnya. 

selamat untuk ayu dan bakal zaujnya yg akan berlangsung pd hujung tahun ini.

semoga semuanya kekal abadi bersama kekasih halal masing-masing, semoga dikurniakam zuriat yang soleh dan solehah, dan berbahagialah hingga hujung nyawa. aminnn =D






Tuesday, August 14, 2012

tewas di 25

Tewas di hari yg ke 25. Pandang surat cinta itu dengan sayu. tak dapat dihabiskan bacaan ini, sedih, sayu dan bermacam-macam lagi. Ada orang kata, indah kalau kita dapat khatam ianya dalam bulan ini dan mengakhirinya dengan doa khatmil quran diakhir ramadan nanti. Tertusuk2 ingin merasai keindahan itu sendiri, namun apakah daya....xpe, everything happen is Allah plans. He know best to us. =')

"Ya-Allah, ampunkan aku, maafkan aku, terimalah amal aku yg tidak seberapa sepanjang bulan ramadan ini. ini sajalah yang aku mampu, maafkan aku Ya-Allah..ampunkan aku Ya-Allah, temukan aku dengan Ramadan lagi Ya-Allah, dengan "gerak kerja" yang lebih mantap."


Tuesday, August 7, 2012

umpama anak kecil meminta belas kasih...





















Ya-Allah! Engkau yang menurunkan keberkatan, yang menciptakan langit dan bumi, bergema di sisi-Mu
suara-suara yang meminta dengan berbagai- bagai bahasa, mereka memohon hajat, aku juga mempunyai hajat kepada-Mu dengan penuh harapan, aku jangan dilupakan Ya-Allah!

Ya-Allah! sesungguhnya Egkau mendengar kata-kataku, Engkau melihat keadaanku, Engkau tahu segala rahsiaku, tidak ada yang tersembunyi daripada-Mu Ya-Allah.
Dengan rasa rendah diri aku memohon ampun kepada-mu Ya-Allah, dengan linangan air mataku menyerahkan diri kepada-Mu Ya-Allah!

Aku berdosa kepadaMu Ya-Allah!

Ya-Allah! jangan jadikan doa aku sebagai doa orang yang malang, terimalah doaku Ya-Allah.

Ya-Allah! kelu lidahku kerana maksiat yang sudah aku lakukan, tidak ada jalan bagiku melainkan memohon syafaat-Mu, mudah-mudahan aku mendapat rahmat-mu, rahmat-Mu amat luas Ya-Allah!

Ya-Allah! sekiranya yang Engkau sayang hanya ornag-orang yang taat dan orang yang soleh, ke manakah orang yang berdosa ini hendak mengadu?

Y-Allah! aku tidak taat kepada-mu, aku sengaja melakukan dosa, maha suci Engkau Ya-Allah! alangkah besar hujah-Mu kepadaku Ya-Allah!

Tidak upaya aku menolaknya kecuali Engkau ampunkan aku dan Engkau beri rahmat. Aku masih menghara pada-Mu ya Allah. Kini aku sedar Ya-Allah!

(from Travelog Hajah, Kembara Tetamu Allah. Thanks to Puan Ezee Rahmani)

Sunday, July 29, 2012

Hati ber"flowering"



"Ya Allah, jika jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan, temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya. Yang bersedia menerima saya seadanya.Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga.

Moga jodoh saya nanti menyayangi emak dan abah sebagaimana saya menyayangi mereka. Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan emak dan abah sebagaimana saya ingin menjaga kebajikan mereka. Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati, malah menjalinkan ukhwah antara keluarga. Bagaikan isi dengan kuku.

Ya-Allah, yang penting, temukan jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri.Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Sama ada saya ataupun dia yang sakit atau dipanggil olehMu dahulu, kami saling setia sehingga akhirnya kami menemuiMu, di Firdaus yang satu.

Ya-Allah, Jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgaMu dan menemui jodohnya "Si Bidadari Bermata Jeli" berikan saya peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah utk saya tahu dia berada di situ."

terima kasih puan Roza.(Travelog Cinta Abadi, masa yang berlalu.......) =)

Monday, July 16, 2012

Hati kata rindu!!

hai, hellow... Ehem!!
assalam,

woohaalaaa... sem 6 dah berlalu, lama sudah.. dah nk dapat result exam dah pom. SCARY!!
semoga result sem nie tak parah sgt mcm sem lepas, walaupun tahu sem nie agak susah dari sem lepas. SCARY!!

Ramadhan makin hampir. persiapan?? entah... xsiap ape2 kot. hanya harap diri ini "bersih" dari dosa2 sebelum ramadhan menjelma. bila mak dan kakak dah start tahajjud setiap malam, terasa kerdil pula diri ini tak mampu nak bangun sama, padahal kitalah yg paling muda, Oh tuhan.. maafkan aku.

Tahajjud, dhuha, dan sunat lain2 tak pernah nak lekat, umur dah 23 tahun dah, tapi 2 lah... huhu, aku insan tiada daya...(aku memohon keampunanMu Ya-Allah)


"Allah Subhanahu Wa Taala turun ke langit dunia ketika sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru: adakah diantara hambaku yang berdoa kepadaku, supaya aku mengabulkan permintaannya? adakah diantara hambaku yang meminta ampun kepadaku, supaya aku menyampuninya, adakah diantara hambaku yang meminta kepadaku, supaya aku memenuhinya," (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).


Allah terlalu dekat dengan hambanya, lebih dekat dari urat leher kita! Allahu Akbar, Allah maha besar.

"Ya-Allah, ampunkanlah dosa-dosa ibubapaku, dosa-dosaku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan semua kaum muslimin dan muslimat, temukan kami dengan ramadhan  yang mulia  Ya-Allah, izikan ramadhan kali ini penuh makna, penuh kegembiran dan keberkatan, terbitkan lah dihati kami rasa cinta kepadaMu tanpa belah bahagi, tiada tempat lain untuk kami kembali kecuali kepadaMu, tiada tempat lain kami mengadu kecuali kepadaMu, tiada tempat lain kami memohon kecuali kepadaMu, dengarkan lah kami Ya-Allah..ampunkan dosa-dosa kami Ya-Allah"


solat adalah waktu kita berdating dengan pencipta kita, mengadu, merayu, meminta, mengadu dan terus lah merayu serta meminta dengan ikhlas, kasih sayangNya melebihi segala-galanya. InsyaAllah...




Saturday, May 19, 2012

aku dan tioman

Pulau Pandan jauh ke tengah, Pulau Tioman dalam kenangan!

Jadi kenangan dah sebab "orang kuat" tioman dah transfer ke Terengganu. harapan untuk kesana lagi semakin tipis. Tapi kalau dapat posting kat sana pom ok kan! desa, Tak sibuk sgt.. kenderaan paling maju pom motosikal je, itu pom jarang2 yang ade side mirror. Tak percaya pergilah Tioman!.Berjalan kaki tau berbasikal menjadi pilihan utama. Traffic light pom tak ada! kalau pergi 2 tahun lepas jalan tanah tapi setahun lepas dah upgrade jadi jalan simen.


 Kuantan > Pekan > Mersing > Tioman

twin!! =)

Mersing town, 

 again twin!! 

ferry time... best wow! laju ferry ku laju memecut..

Sunset at Kg Kerek, Tioman... safely arrived at the destination. Alhamdulillah.

Amir got jeles this!

TERtinggal awekss kat KL!

si ikan kaloi tak hidup di laut. 

early morning, sejuk angin laut.

breakfast orang bujang di gerai sahaja. jimat cos, roti canai sekeping!

nasih baik motor nie ada side mirror. kira canggih la dari motor2 yang lain... =)

big boss penat layan budak2 cuti sekolah tinggi bercuti! cheer my dear bro!

just view!

no comment.

biru airnya..

 tujuan utama datang tioman adalah untuk melihat kapal terbang landing. View from the airport tower. hanya kapal terbang BERJAYA  shaja yang masuk tioman. tiada MAS, AIR ASIA, or FIREFLY. 

Cek goggle dulu, safety first but no life jacket.. hehehe,  

standby.... 

Afiq! KACAU JEE...

go! go! (takut ikan sebenarnya)

they coming.... yeah, look friendly rite??

air laut masuk mata! 

They jump! I jump!

ikan besau datang makan ikan kecik....

kena cari goggle kecik skit kot.. air laut asyik masuk je.. huhuhu

just relax.

dah penat kejar ikan.... ready for dinner.

ikan-ikan yang comel

rakus memakan roti 

kalau goreng pom sodap ikan-ikan nie.

masak lemak pom okey.

perfect jump! 

puzzle of rock!

 Subhanallah. Allah.



terlebih ceria

kembar ke tiga kot!

selamat tinggal Tioman, Too much memory here.


Entry sekadar mengubat rindu kepada keluarga. sebab tak ada gambar lain.. gambar ni je ada dalam ASUS, yg lain semua dalam ACER. Saya nak balik rumah dan nak travel ke mana-mana bersama family....