Monday, August 27, 2012

raya 2012.


yeahhh! Alhamdulillah utk syawal kali ini, bnyak makna dan banyak ukhuwah kembali terbina.Rakan- rakan pun ramai yg membina masjid dan ada yang mengikat "tali janji" Alhamdulillah. Semoga semuanya kekal hingga hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah. =D



sempat pergi ke majlis farhah dan hafiz. since darjah 6 kot mereka berdua nie, kuasa Allah! 
selamat pengatin baru juga utk:
 ismah dan zauj (smk kota),  
miza dan zauj (smk kota)  
anis mardiah dan zauj (kmph),
kak atikah dan zauj (senior usm)

selamat bertunang utk syikin dan bakal zaujnya. 

selamat untuk ayu dan bakal zaujnya yg akan berlangsung pd hujung tahun ini.

semoga semuanya kekal abadi bersama kekasih halal masing-masing, semoga dikurniakam zuriat yang soleh dan solehah, dan berbahagialah hingga hujung nyawa. aminnn =D






Tuesday, August 14, 2012

tewas di 25

Tewas di hari yg ke 25. Pandang surat cinta itu dengan sayu. tak dapat dihabiskan bacaan ini, sedih, sayu dan bermacam-macam lagi. Ada orang kata, indah kalau kita dapat khatam ianya dalam bulan ini dan mengakhirinya dengan doa khatmil quran diakhir ramadan nanti. Tertusuk2 ingin merasai keindahan itu sendiri, namun apakah daya....xpe, everything happen is Allah plans. He know best to us. =')

"Ya-Allah, ampunkan aku, maafkan aku, terimalah amal aku yg tidak seberapa sepanjang bulan ramadan ini. ini sajalah yang aku mampu, maafkan aku Ya-Allah..ampunkan aku Ya-Allah, temukan aku dengan Ramadan lagi Ya-Allah, dengan "gerak kerja" yang lebih mantap."


Tuesday, August 7, 2012

umpama anak kecil meminta belas kasih...





















Ya-Allah! Engkau yang menurunkan keberkatan, yang menciptakan langit dan bumi, bergema di sisi-Mu
suara-suara yang meminta dengan berbagai- bagai bahasa, mereka memohon hajat, aku juga mempunyai hajat kepada-Mu dengan penuh harapan, aku jangan dilupakan Ya-Allah!

Ya-Allah! sesungguhnya Egkau mendengar kata-kataku, Engkau melihat keadaanku, Engkau tahu segala rahsiaku, tidak ada yang tersembunyi daripada-Mu Ya-Allah.
Dengan rasa rendah diri aku memohon ampun kepada-mu Ya-Allah, dengan linangan air mataku menyerahkan diri kepada-Mu Ya-Allah!

Aku berdosa kepadaMu Ya-Allah!

Ya-Allah! jangan jadikan doa aku sebagai doa orang yang malang, terimalah doaku Ya-Allah.

Ya-Allah! kelu lidahku kerana maksiat yang sudah aku lakukan, tidak ada jalan bagiku melainkan memohon syafaat-Mu, mudah-mudahan aku mendapat rahmat-mu, rahmat-Mu amat luas Ya-Allah!

Ya-Allah! sekiranya yang Engkau sayang hanya ornag-orang yang taat dan orang yang soleh, ke manakah orang yang berdosa ini hendak mengadu?

Y-Allah! aku tidak taat kepada-mu, aku sengaja melakukan dosa, maha suci Engkau Ya-Allah! alangkah besar hujah-Mu kepadaku Ya-Allah!

Tidak upaya aku menolaknya kecuali Engkau ampunkan aku dan Engkau beri rahmat. Aku masih menghara pada-Mu ya Allah. Kini aku sedar Ya-Allah!

(from Travelog Hajah, Kembara Tetamu Allah. Thanks to Puan Ezee Rahmani)