Sunday, July 29, 2012

Hati ber"flowering"



"Ya Allah, jika jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan, temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya. Yang bersedia menerima saya seadanya.Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga.

Moga jodoh saya nanti menyayangi emak dan abah sebagaimana saya menyayangi mereka. Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan emak dan abah sebagaimana saya ingin menjaga kebajikan mereka. Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati, malah menjalinkan ukhwah antara keluarga. Bagaikan isi dengan kuku.

Ya-Allah, yang penting, temukan jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri.Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Sama ada saya ataupun dia yang sakit atau dipanggil olehMu dahulu, kami saling setia sehingga akhirnya kami menemuiMu, di Firdaus yang satu.

Ya-Allah, Jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgaMu dan menemui jodohnya "Si Bidadari Bermata Jeli" berikan saya peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah utk saya tahu dia berada di situ."

terima kasih puan Roza.(Travelog Cinta Abadi, masa yang berlalu.......) =)

No comments:

Post a Comment