Friday, May 27, 2011

kita milik DIA..


Pada suatu hari, Isam seorang ahli ibadah menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya,"Bagaimana wuduk zahir dan batin?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air,sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara;
1) bertaubat
2) menyesali dosa yang telah dilakukan
3) tidak mencari/mengharap pujian orang (riyak)
4) tidak tergila-gilakan dunia
5) tinggalkan sifat berbangga
6) tinggalkan sifat khianat dan menipu
7) meninggalkan sifat dengki

seterusnya Hatim berkata, "kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat, aku berdiri penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
- aku sedang berhadapan dengan Allah
- syurga di sebelah kananku
- neraka di sebelah kiriki
- malaikat maut berada di belakangku
- aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian "Siratulmustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"setiap bacaan dan doaku di dalam solat, aku faham! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan memberi salam dengan ikhlas, beginilah aku bersolat selama 30tahun..."


****bandingkan dengan setiap solatku... YA-ALLAH, ampunkan dosa-dosaku YA-ALLAH....

No comments:

Post a Comment